The Wedding Dreams

January 8, 2010

Wedding Collection 2009

Filed under: Idayusof and Weddings — idayusof @ 5:56 pm

hahahaha. macam ape je tajuk tu.

malam tadi i browse balik digital album kat dalam pc nih. saje belek-belek. pastu i realize, most of the time the album mesti ade gamba wedding/engagement. banyak betol kot wedding i pegi throughout last year. so saje je nak publish kat sini so that nanti-nanti boleh ingat balik. *warning: entry kemungkinan panjang gila, kalau malas, tgk je gamba okay!*

1. 01 January 2009  

Asiah wedding kat Kelantan. Yah ni housemate i masa kat UTP dulu. kecik je orang die, kuat merajuk pulak tuh.
Nikah die 01 jan, so sambut tahun baru kat Kelantan acik tahun lepas.
First time plak tu pg Kelantan, pagi-pagi lg dah gerak dari JB. ikut jalan Mersing. Sampai umah Yah.. elok-elok je die tgh mandi sebelum nikah. Kena jadi bidan terjun mak andam nikah plak lagi time tuh. hohoho.

Yah masa malam nikah.

2. 02 January 2009.

Yah wedding reception.
Malam lepas nikah, kami tido kat pekan Gua Musang. Tak ingat gerak dr hotel kol bape. tapi on the way tu, pengapit nyaris-nyaris x sempat jadi pengapit sebab tayar pecah on the way pg umah Yah. la la la…

tapi Alhamdulillah, kami sempat jugak sampai. dan amek gamba lagi kat pelamin.🙂

 

2. 07 February 2009.

Still kenduri Yah. tapi kali ni majlis bertandang kat Kulai, JB pulak.
kali ni kitorang mmg sampai lambat gila sebab ade orang yang dari KL tu rosak pulak kereta diorang kat Machap. haaa. sape tu angkat tangan please! (saya awal okay, sbb saya dari JB je tau!)

Walaupon lambat… kami tetap hepi jugak. sebab Yah ade banyak masa nak layan kami. hehehehe. Posing banyak gila time ni.
Lepas abes kenduri, makan kat Senibong, jalan-jalan kat Danga Bay.. esoknya jalan-jalan kat Melaka pulak.
Time ni first time ella bgtau kitorang die da pregnant!.

 

4. 14 February 2009

Valentine’s day! hoooray hooray. A long lost friend engagement kat Palong 2, Gemas. Dr Cheras – Palong 2 ntah bape lame amek masa x tau lah. tapi bila acik sampai tu, rombongan pihak lelaki tgh siap2 nak pg umah perempuan dah. (kwan i tu lelaki). So, ikut sebagai rombongan meminang lah jadinye. lepas majlis tu, x balik umah terus sebab kene tahan ngan family kawan i tuh. tido sane semalaman, esoknya baru gerak balik KL.

me and the rest. sebenarnye diorang ni kawan skolah rendah saya. hehe.

5. 14 March 2009

Wedding Kemal & Kauthar. Kemal same belajar dengan i kat UTP dulu, though kitorang x satu kelas. Now, we are working in the same dept as well as Kauthar.🙂

me, Kemal, Kauthar & Mas.

05. 04 April 2009

Atart’s Wedding.
The wedding that we are all excited about. She’s one of the best friends i ever had. Kitorang kenal dari zaman skolah menengah, hingusan sumer tuh.. sampai la dah besar, dan kawen!  I heart this girl soo much.

Beauty~ Make-up by Munie Ahmad.

with my loves, the j’s. The baju for us the bridemaids was bought from Jakarta.
Pelamin dan baju songket tu dari butik Puteri’s Putrajaya.

06. 17 April 2009

Atart’s Reception at Gombak.
i was from Penang the day before the reception. Flight touch down KLIA at about midnight then i went straight to meet Mas. Kami gerak dari Seremban ntah kol bape tak ingat. Tapi yang pasti lepas abes kenduri patah balik Seremban anta Mas.

tgk muka pengantin yang over senyum. i guess she was soo happy to have us beside her.🙂

Baju bersanding adalah ditempah di butik Puteri’s, Putrajaya.

For a closer look of her dress, walaupon muka pengantin tgh pening tgk anak sedara yang nakal. Well, kalau korang ade beli majalah pengantin.. ade nampak butik puteri’s tu buat baju ni dalam iklan.  btol, x tipu.

 

07. 18 April 2009

Yuni & Emri Wedding.

These lovebirds are legend. kami kenal dari zaman muda-mudi kat UTP dulu. different batch, different course. Tapi kami join kelab kembara UTP.tu yang baik tuh. It was such an honour to be at their wedding cause i was there when they first meet each other. So cute. sorang senyap je.. cakap pon kadang-kadang x keluar suara. sorang lagi.. mak aihh. tak tau dah nak describe.🙂

 

Us the kembara-ian. kalau jumpe this clan, mmg pening kepala dibuatnye.

08. 16 May 2009

Tepet’s Wedding at Bt.Kikir, N9.
Tepet adalah rakan belajar di UTP. Tapi rasanya masa kat UTP kitorang x pernah borak pon. Tapi kami start rapat lepas abes kursus induksi yang punyalah lama, sampai 2 bulan. Teringat lagi malam last kat kursus tuh, adalah sessi salam-salam or say bye bye. kitorang buat bulatan, then take turn la jumpe everybody in the circle. Bila sampai je kat diorang, (tepet & ridhu), boleh tetiba merembes air mata. hahhahaha. yang diorang ni pulak, control2 macho pastu gelak-gelak. cett.

 

Geng masa kat Induction. Nor, cikyuS, Tepet, Azi the wifey, Ridhu & Shawn

09. 24 May 2009.

Lili’s Engagement! kitorang laaamee sangat x jumpe. and i miss her dearly. I first tau pasal die nak bertunang, sebab my officemate, (who is also her cousin) kepah-kepah. So i texted her. dah la rumah x ingat dah kat mane. Bila sampai je orang dah sudah sarung cincin.

theme colour: maroon gold. soo nice to each other again.🙂

10. 30 May 2009

My very own nephew kawen. heh! Jauh gilee kot rasa. Kampung wife die nun jauh kat Alor Star. time ni cuti skolah dah start. so mmg banyak la kenduri kawen lain x pegi. ate, takkan x pegi kenduri kawen anak sedara sendiri.. ye tak?

ntah ape la makcik die sok sebok2 tu. pandang2 belakang la pulak. Kaler oren y’all. bukan main-main tau.

11. 31 May 2009

hehe. ini pun nak claim ke? Mas, sorang lagi housemate masa zaman utp dulu kawen. Sebenarnye kenduri die 7 Jun 2009, tapi sebab minggu depan nye ade kenduri lain plak nak kene attend, terpaksa la acik singgah je umah die masa on the way balik ke KL tuh. Mas tinggal kat Kedah jugak.. exact place achik lupo lahh. Maz, kg kau kat ne?

 

Walaupon pg awal seminggu, pelamin makcik ni dah siap tau. (yeay, dapat jugak amek gamba kat pelamin).  Tema kawen nye adalah biru, explains the blue flowers at the side.🙂

12. 6 June 2009

Diana’s Wedding, Kuala Terengganu. She’s my junior masa zaman skolah dulu. aisey, junior kawen dulu ke? Anyway, Kenduri ni x plan pon nak pegi, siap dah cakap ngan Diana x dapat pg lagi. tapi sehari sebelum majlis, terasa mcam nak pg. Well, i kan mmg suka kan wedding. Bila sampai je kat umah die, terjah la bilik die kan… sambil cakap “Surprise!”

Memang betul-betul terkejut kot die, sambil peluk i sambil nangis. “Akak kata x datang?”
Berbaloi susah payah drive dari KL-KT bila orang yang kita lawat tu mempunyai reaksi sebegitu. Hilang rasa penat.

 

Paling best, sampai je walaupon surprise.. kene gak jadi pengapit.

13. 7 June 2009

Majlis bertandang my nephew, Kuala Pilah. Previous week dah pegi menganta anak sedara nikah kat Kedah, so minggu yang ini kenduri belah lelaki. My side la kira. Wedding ni mmg typical kenduri kawen kat kampung-kampung tuh.. yang mane makanan masak sendiri, orang kampung pon ramai yang datang tolong.

Bila dah abes majlis, kami dok karaoke sesuka hati je. hahaha. it’s like a family gathering la lebey kurang.

 

14.  4 July 2009.

 Fidah & Ikmal Wedding @ Cheras. I seriously lupaaa ape nama hall nih. tapi it’s quite nice. Plus the decorations are simple yet interesting!. Baju Fidah pon lawa..  

and the girls’ pose.

 

14. 25 July 2009

Intan’s Wedding at Kg. Jimah, N9.
She’s my batchmate time skolah menengah. Gerak dari KL dengan Ryn and sampai kat sane masa kenduri dah ala-ala nak selesai lah.. bersanding sumer dah lepas.

Dapat la jumpe Ana Khalid yang susah gila nak jumpe kat mane-mane perjumpaan atau kenduri kawen rakan-rakan yang lain.

 

15. 26 September 2009.

The moment we waiting for! Cterq’s Nikah @ Seremban. Just one week lepas raya. Dah sebulan x makan nasik minyak tau! (Bulan 8 kan pose, mane ade orang buat kenduri kawen). Lame sangat tak jumpe & borak dengan cterq the way we used to be. Orang dok belajar jauh… mane sempat nak jumpe.. die balik dari Dublin pon 3 minggu je before die kawen. all those kursus kawen, HIVt test etc.. x buat lagi… mmg hebat la die sempat gak but serba serbi.🙂

 

the best thing is that, bile kitorang lepak dengan die few moments before die nikah tu… She’s still cterq who we always love. Tak kejung pon, walaupon sudah tahun2 x melepak bersama.

16. 27 September 2009

Cterq’s reception at Seremban. That day is the last day of school holiday, as well as orang cuti raya balik ke tempat kerja. So sorry we had to leave early and not to wait until the end of ceremony like we always do for the rest. Banyak sangat pulak commitment di sana sini… Wish we had more time with each other.

But we still happy to be together. and Green is the theme colour of the day.

17. 3 October 2009

Majlis bertandang Cterq kat Rawang.

Kate the j’s… haruslah kene pg ke rumah pihak lelaki jugak. kan ke adik-beradik? jadi kene jadi rombongan belah perempuan okey. Masa kat sini cterq tak abes-abes pesan jangan lupe amek door gift. Sebab door gift die adalah Mark & Spencer shower foam. Mestilah kami ingat nak amek cterq. lebih dari satu pulak tu. hhahaha. x cuku dengan tu, mug pon kitorang sebat jugak. la la la.

still i have to leave quite early time neh. sebab ade kenduri lain kene attend.

18. 03 October 2009

Iba’s Reception @ Sg. Buloh. Dari Rawang, kami pegi kenduri kawan i zaman UTP dulu pulak. geng kelab kembara saya jugak die nih. Macam mane pon kene pg jugak. Jalan jem teruk gila kat round-about selayang tu.. Kitorang stuck kat situ sejam lebih kot… Sudahnye, bile kitorang sampai kat rumah pengantin ramai yang dah takde. Makanan pon dah simpan2. Tapi as usual la, dapat layanan istimewa sket. makan kat dalam rumah. hehe. 

me with the bride and groom. Pelamin adalah hasil kerja tangan Precious Moments.

Excited tgk bunga banyak sangat, so kami pose lebih sket. hehehe.

19. 10 October 2009.

Malique’s Wedding reception at Ipoh. Sorang lagi ahli kelab kembara UTP kawen. Seriously x tau nak pegi ke tak time ni. Sebab baru je 2 hari lepas accident sebenarnye. Tapi sbb 1st check up tu doktor kate takde pape, (walaupon rasa saket) tapi kate suka pegi kenduri kawen, saya gagahkan jugak pegi Ipoh malam tu. Tp x drive pon… Tumpang je Alia & Wang, so tak payah drive jauh-jauh.🙂

theme wedding malam tu kaler puteh merah. klasik gitu. i suka la, sbb i kan suka puteh.🙂

20. 12 December 2009. (eh, bulan 11 xde kenduri kawen eh?)

Aizah’s nikah at Senai, JB. She’s my former housemate’s sister. Tapi sbb masa duduk taman melati dulu, Aizah ade je datang-datang rumah tu melepak-lepak. Haruslah kenal… even kadang2 tu family Nor pon datang tido kat taman melati. x sedap hati x pegi kenduri die.

Reception sebenarnye ari ahad, tapi sebab ari ahad tu ade kenduri lain… kene la pegi salah satu. Lagipun, i mmg prefer dtg masa majlis nikah. sbb orang tak ramai.. so boleh borak dengan pengantin. kalau masa reception, tak boleh borak lame sangat. pengantin bz.

notice the baju yang x sesuai utk pegi kenduri kawen tu? Itu adalah kerana lepas kenduri saya pegi Singapore jalan-jalan. hehehe.

 

21. 13 December 2009.

Wedding Pae at Dewan Sri Siantan, Putrajaya.
Pae adalah senior saya zaman skolah, dan juga senior saya masa belajar kat UTP dulu. Zaman skolah x yah cakaplah.. rasanya Pae pon x kenal i. Tapi bile kat UTP, boleh kate rapat gak la. sbb 1) die amek electrical jugak 2) die ahli kelab kembara jugak 3) kitorang baik dengan senior skolah kitorang abg rizal.
So, banyak jugak komunikasi even bila dah keje ni, sbb die pon keje dengan company yang sama.

Tapi, masalah problem nya, cik abang saya ada kenduri lain kat Klang. x kan nak pegi kenduri Pae sorang-sorang kot… nak ajak the j’s… rasanya sumer x baik dengan pakcik neh. nak ajak budak kembara….. terasa malas nk kacau orang banyak komitmen. Sudahnya saya ajak sorang senior skolah nih. kebetulan die free, so off we go. time sampai tu, pengantin tgh makan. So kami yang lapa ni pon makan dulu lah.

tiada group pictures kerana saya tidak tergolong dalam mana-mana group yang datang kenduri tu. jadi hanya saya dan pengantin sajer.🙂
Dewan ni deco nye simple aje dah cantek rasanya. sbb ni dewan moden kan, crowded sangat pon pening jugak.

 

22. 13 December 2009

Kak Long Falis reception at Anjung Felda, Jalan Semarak.
Kak long ni anak kepada family’s friend. almost like sedara dah. kalau x pegi kenduri die, macam x best pulak. Since reception die malam, so okay lah… balik dari kenduri kt Putrajaya, tak tukar baju tapi tukar kain je utk ikut tema merah puteh reception kak long. dan juga style rambut supaya nampak pegi dinner sket.

cantek tempat tu malam-malam. lampu banyak, pastu diorang deco ala-ala garden sket. ade gamba decorations die, nanti kita letak lain kali oke.

 

23. 19 December 2009.

Shearer’s Wedding at Kuala Pilah, N9.
Another schoolmate get married. jalan jam teruk sbb hujan lebat gile. dari KL-KP amek masa 3 jam. gile.

spt biasa, group photo dengan semua yang datang time tu.

24. 20 December 2009

Abg Bahrim’s Wedding at Kg. Pasir. Abang ni mekanik tempat i slalu hantar kereta gi servis. Sebenarnye die ni kawan lepak2 tunang i. so, gila ape x pegi kenduri die kan?

 

haaa. amek 24 wedding sumer skali. Sebenarnye ade lagi satu kenduri yang saya pg tapi xde amek gmba.
25. 26 December 2009. Kenduri kahwen kak long, anak Abg. Rahim. hahhaha.
Abg Rahim adalah rakan sekerja cik abang saye. Jadi, kalau die pg kenduri kawen tu, harus la saya ikut kan? ntah kenapa x amek gamba pon x tau.

 

 aaaa… x reti nak buat ending. hohoho. sebenarnye penat dah ni. jap lagi nak drive balik KL pulak.

 

4 Comments »

  1. eh gambar2 di sini semua cantik2 lah!!!

    Comment by Ayu — January 11, 2010 @ 12:39 pm

    • thanks Ayu. semua dari camera sendiri je tu. tak pro pon. DLSR, tapi Auto Mode.

      Comment by idayusof — January 11, 2010 @ 2:43 pm

  2. hey hey kenape aku tak tahu kewujudan blog ni hahahahah gile kuno aku ni

    Comment by raducaca — January 13, 2010 @ 2:50 pm

    • sbb blog ni baru je wujud. haruslah tak tau.

      Comment by idayusof — January 13, 2010 @ 5:08 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: