The Wedding Dreams

July 6, 2010

Filed under: Uncategorized — idayusof @ 1:29 pm

Let’s give it a try from here. I am typing from word.

February 2, 2010

moved.

Filed under: 1 — idayusof @ 1:27 pm

hohoho…

dah bape lame x update kat sini. senang sahaja reason nya.

saya telah export blog di wordpress > blogspot. Jadi, jika anda secara kebetulannya ter sampai ke sini: silalah pg ke blog saya yang baru . The Wedding Dreams

jumpa anda di sana ya!

January 20, 2010

mari cerita pasal progress lagi.

Filed under: Idayusof Wedding, so random!, Wedding Caterer — idayusof @ 4:00 pm

Baru-baru ni Kak Mimi ade suggest caterer. kawan-kawan die jugak caterer tu. Last time masa bertunang pon Kak Mimi & Abg Zul yang handle food.

Sebenarnye macam segan dengan diorang… tapi, since diorang sangat bersemangat nak tolong… x sampai hati nak kate tidak… lagipun, bukan menyusahkan saya pon… tambah senang adelah.

Oleh itu, last weekend bile singgah umah Kak Mimi amek kunci umah, terus je cakap kat die yang saya bersetuju dengan caterer yang dicadangkan. x payah banyak soal lagi. nak harap saya yang kejap ke sini, kejap ke sana… harapan!  nak jumpe caterer yang ok.

btw, sape2 duduk kat setiawangsa pernah tak makan nasik lemak ayam rempah dekat2 dengan round-about tu? yang dekat dengan bus stop, dekat apartment sri kenangan/sri mawar.

dulu time menyewa kat sana, slalu gak makan kat situ. ayam rempah terbaik! hehehe. so, insyaAllah… makanan lain pon rasanya mesti sedap kan? insyaAllah…

so, semalam Kak Mimi sms kate die dah book dah dengan caterer tu. yeay! nanti menu diskas balik. pastu bile free diorang datang umah nak tgk tempat.

yeay lagi! sebab satu lagi milestone dah bertanda.🙂🙂

dan…. last weekend pegi kursus kahwen juga. potong lagi satu milestone. hoooray!

January 13, 2010

hairstyle inspiration

Filed under: Hairstyle inspiration, Idayusof Wedding — idayusof @ 5:16 pm

been browsing to a lot of hairstyle on the wedding day. well, the theme of my reception should be free and easy. Hence, i want my hair to be more or less like these:

 

a half up-do for the reception. (my side of course)

kate, tema nye ala-ala garden gitu. haruslah style die free sket.

 

sanggul? ermmm. a big NO NO for the Cheras reception. pening nak maintain nanti.

 

 

but i do love the hair accessories though. seriously in love okey.

whether to wear those accessories like this,

 

or like this.

haaa… kalau lepas je rambut pon okay jugak. buat curly-curly sket kat ujung rambut tu.. then pakai accessories camnih.

Menarik kan?

January 8, 2010

Wedding Collection 2009

Filed under: Idayusof and Weddings — idayusof @ 5:56 pm

hahahaha. macam ape je tajuk tu.

malam tadi i browse balik digital album kat dalam pc nih. saje belek-belek. pastu i realize, most of the time the album mesti ade gamba wedding/engagement. banyak betol kot wedding i pegi throughout last year. so saje je nak publish kat sini so that nanti-nanti boleh ingat balik. *warning: entry kemungkinan panjang gila, kalau malas, tgk je gamba okay!*

1. 01 January 2009  

Asiah wedding kat Kelantan. Yah ni housemate i masa kat UTP dulu. kecik je orang die, kuat merajuk pulak tuh.
Nikah die 01 jan, so sambut tahun baru kat Kelantan acik tahun lepas.
First time plak tu pg Kelantan, pagi-pagi lg dah gerak dari JB. ikut jalan Mersing. Sampai umah Yah.. elok-elok je die tgh mandi sebelum nikah. Kena jadi bidan terjun mak andam nikah plak lagi time tuh. hohoho.

Yah masa malam nikah.

2. 02 January 2009.

Yah wedding reception.
Malam lepas nikah, kami tido kat pekan Gua Musang. Tak ingat gerak dr hotel kol bape. tapi on the way tu, pengapit nyaris-nyaris x sempat jadi pengapit sebab tayar pecah on the way pg umah Yah. la la la…

tapi Alhamdulillah, kami sempat jugak sampai. dan amek gamba lagi kat pelamin.🙂

 

2. 07 February 2009.

Still kenduri Yah. tapi kali ni majlis bertandang kat Kulai, JB pulak.
kali ni kitorang mmg sampai lambat gila sebab ade orang yang dari KL tu rosak pulak kereta diorang kat Machap. haaa. sape tu angkat tangan please! (saya awal okay, sbb saya dari JB je tau!)

Walaupon lambat… kami tetap hepi jugak. sebab Yah ade banyak masa nak layan kami. hehehehe. Posing banyak gila time ni.
Lepas abes kenduri, makan kat Senibong, jalan-jalan kat Danga Bay.. esoknya jalan-jalan kat Melaka pulak.
Time ni first time ella bgtau kitorang die da pregnant!.

 

4. 14 February 2009

Valentine’s day! hoooray hooray. A long lost friend engagement kat Palong 2, Gemas. Dr Cheras – Palong 2 ntah bape lame amek masa x tau lah. tapi bila acik sampai tu, rombongan pihak lelaki tgh siap2 nak pg umah perempuan dah. (kwan i tu lelaki). So, ikut sebagai rombongan meminang lah jadinye. lepas majlis tu, x balik umah terus sebab kene tahan ngan family kawan i tuh. tido sane semalaman, esoknya baru gerak balik KL.

me and the rest. sebenarnye diorang ni kawan skolah rendah saya. hehe.

5. 14 March 2009

Wedding Kemal & Kauthar. Kemal same belajar dengan i kat UTP dulu, though kitorang x satu kelas. Now, we are working in the same dept as well as Kauthar.🙂

me, Kemal, Kauthar & Mas.

05. 04 April 2009

Atart’s Wedding.
The wedding that we are all excited about. She’s one of the best friends i ever had. Kitorang kenal dari zaman skolah menengah, hingusan sumer tuh.. sampai la dah besar, dan kawen!  I heart this girl soo much.

Beauty~ Make-up by Munie Ahmad.

with my loves, the j’s. The baju for us the bridemaids was bought from Jakarta.
Pelamin dan baju songket tu dari butik Puteri’s Putrajaya.

06. 17 April 2009

Atart’s Reception at Gombak.
i was from Penang the day before the reception. Flight touch down KLIA at about midnight then i went straight to meet Mas. Kami gerak dari Seremban ntah kol bape tak ingat. Tapi yang pasti lepas abes kenduri patah balik Seremban anta Mas.

tgk muka pengantin yang over senyum. i guess she was soo happy to have us beside her.🙂

Baju bersanding adalah ditempah di butik Puteri’s, Putrajaya.

For a closer look of her dress, walaupon muka pengantin tgh pening tgk anak sedara yang nakal. Well, kalau korang ade beli majalah pengantin.. ade nampak butik puteri’s tu buat baju ni dalam iklan.  btol, x tipu.

 

07. 18 April 2009

Yuni & Emri Wedding.

These lovebirds are legend. kami kenal dari zaman muda-mudi kat UTP dulu. different batch, different course. Tapi kami join kelab kembara UTP.tu yang baik tuh. It was such an honour to be at their wedding cause i was there when they first meet each other. So cute. sorang senyap je.. cakap pon kadang-kadang x keluar suara. sorang lagi.. mak aihh. tak tau dah nak describe.🙂

 

Us the kembara-ian. kalau jumpe this clan, mmg pening kepala dibuatnye.

08. 16 May 2009

Tepet’s Wedding at Bt.Kikir, N9.
Tepet adalah rakan belajar di UTP. Tapi rasanya masa kat UTP kitorang x pernah borak pon. Tapi kami start rapat lepas abes kursus induksi yang punyalah lama, sampai 2 bulan. Teringat lagi malam last kat kursus tuh, adalah sessi salam-salam or say bye bye. kitorang buat bulatan, then take turn la jumpe everybody in the circle. Bila sampai je kat diorang, (tepet & ridhu), boleh tetiba merembes air mata. hahhahaha. yang diorang ni pulak, control2 macho pastu gelak-gelak. cett.

 

Geng masa kat Induction. Nor, cikyuS, Tepet, Azi the wifey, Ridhu & Shawn

09. 24 May 2009.

Lili’s Engagement! kitorang laaamee sangat x jumpe. and i miss her dearly. I first tau pasal die nak bertunang, sebab my officemate, (who is also her cousin) kepah-kepah. So i texted her. dah la rumah x ingat dah kat mane. Bila sampai je orang dah sudah sarung cincin.

theme colour: maroon gold. soo nice to each other again.🙂

10. 30 May 2009

My very own nephew kawen. heh! Jauh gilee kot rasa. Kampung wife die nun jauh kat Alor Star. time ni cuti skolah dah start. so mmg banyak la kenduri kawen lain x pegi. ate, takkan x pegi kenduri kawen anak sedara sendiri.. ye tak?

ntah ape la makcik die sok sebok2 tu. pandang2 belakang la pulak. Kaler oren y’all. bukan main-main tau.

11. 31 May 2009

hehe. ini pun nak claim ke? Mas, sorang lagi housemate masa zaman utp dulu kawen. Sebenarnye kenduri die 7 Jun 2009, tapi sebab minggu depan nye ade kenduri lain plak nak kene attend, terpaksa la acik singgah je umah die masa on the way balik ke KL tuh. Mas tinggal kat Kedah jugak.. exact place achik lupo lahh. Maz, kg kau kat ne?

 

Walaupon pg awal seminggu, pelamin makcik ni dah siap tau. (yeay, dapat jugak amek gamba kat pelamin).  Tema kawen nye adalah biru, explains the blue flowers at the side.🙂

12. 6 June 2009

Diana’s Wedding, Kuala Terengganu. She’s my junior masa zaman skolah dulu. aisey, junior kawen dulu ke? Anyway, Kenduri ni x plan pon nak pegi, siap dah cakap ngan Diana x dapat pg lagi. tapi sehari sebelum majlis, terasa mcam nak pg. Well, i kan mmg suka kan wedding. Bila sampai je kat umah die, terjah la bilik die kan… sambil cakap “Surprise!”

Memang betul-betul terkejut kot die, sambil peluk i sambil nangis. “Akak kata x datang?”
Berbaloi susah payah drive dari KL-KT bila orang yang kita lawat tu mempunyai reaksi sebegitu. Hilang rasa penat.

 

Paling best, sampai je walaupon surprise.. kene gak jadi pengapit.

13. 7 June 2009

Majlis bertandang my nephew, Kuala Pilah. Previous week dah pegi menganta anak sedara nikah kat Kedah, so minggu yang ini kenduri belah lelaki. My side la kira. Wedding ni mmg typical kenduri kawen kat kampung-kampung tuh.. yang mane makanan masak sendiri, orang kampung pon ramai yang datang tolong.

Bila dah abes majlis, kami dok karaoke sesuka hati je. hahaha. it’s like a family gathering la lebey kurang.

 

14.  4 July 2009.

 Fidah & Ikmal Wedding @ Cheras. I seriously lupaaa ape nama hall nih. tapi it’s quite nice. Plus the decorations are simple yet interesting!. Baju Fidah pon lawa..  

and the girls’ pose.

 

14. 25 July 2009

Intan’s Wedding at Kg. Jimah, N9.
She’s my batchmate time skolah menengah. Gerak dari KL dengan Ryn and sampai kat sane masa kenduri dah ala-ala nak selesai lah.. bersanding sumer dah lepas.

Dapat la jumpe Ana Khalid yang susah gila nak jumpe kat mane-mane perjumpaan atau kenduri kawen rakan-rakan yang lain.

 

15. 26 September 2009.

The moment we waiting for! Cterq’s Nikah @ Seremban. Just one week lepas raya. Dah sebulan x makan nasik minyak tau! (Bulan 8 kan pose, mane ade orang buat kenduri kawen). Lame sangat tak jumpe & borak dengan cterq the way we used to be. Orang dok belajar jauh… mane sempat nak jumpe.. die balik dari Dublin pon 3 minggu je before die kawen. all those kursus kawen, HIVt test etc.. x buat lagi… mmg hebat la die sempat gak but serba serbi.🙂

 

the best thing is that, bile kitorang lepak dengan die few moments before die nikah tu… She’s still cterq who we always love. Tak kejung pon, walaupon sudah tahun2 x melepak bersama.

16. 27 September 2009

Cterq’s reception at Seremban. That day is the last day of school holiday, as well as orang cuti raya balik ke tempat kerja. So sorry we had to leave early and not to wait until the end of ceremony like we always do for the rest. Banyak sangat pulak commitment di sana sini… Wish we had more time with each other.

But we still happy to be together. and Green is the theme colour of the day.

17. 3 October 2009

Majlis bertandang Cterq kat Rawang.

Kate the j’s… haruslah kene pg ke rumah pihak lelaki jugak. kan ke adik-beradik? jadi kene jadi rombongan belah perempuan okey. Masa kat sini cterq tak abes-abes pesan jangan lupe amek door gift. Sebab door gift die adalah Mark & Spencer shower foam. Mestilah kami ingat nak amek cterq. lebih dari satu pulak tu. hhahaha. x cuku dengan tu, mug pon kitorang sebat jugak. la la la.

still i have to leave quite early time neh. sebab ade kenduri lain kene attend.

18. 03 October 2009

Iba’s Reception @ Sg. Buloh. Dari Rawang, kami pegi kenduri kawan i zaman UTP dulu pulak. geng kelab kembara saya jugak die nih. Macam mane pon kene pg jugak. Jalan jem teruk gila kat round-about selayang tu.. Kitorang stuck kat situ sejam lebih kot… Sudahnye, bile kitorang sampai kat rumah pengantin ramai yang dah takde. Makanan pon dah simpan2. Tapi as usual la, dapat layanan istimewa sket. makan kat dalam rumah. hehe. 

me with the bride and groom. Pelamin adalah hasil kerja tangan Precious Moments.

Excited tgk bunga banyak sangat, so kami pose lebih sket. hehehe.

19. 10 October 2009.

Malique’s Wedding reception at Ipoh. Sorang lagi ahli kelab kembara UTP kawen. Seriously x tau nak pegi ke tak time ni. Sebab baru je 2 hari lepas accident sebenarnye. Tapi sbb 1st check up tu doktor kate takde pape, (walaupon rasa saket) tapi kate suka pegi kenduri kawen, saya gagahkan jugak pegi Ipoh malam tu. Tp x drive pon… Tumpang je Alia & Wang, so tak payah drive jauh-jauh.🙂

theme wedding malam tu kaler puteh merah. klasik gitu. i suka la, sbb i kan suka puteh.🙂

20. 12 December 2009. (eh, bulan 11 xde kenduri kawen eh?)

Aizah’s nikah at Senai, JB. She’s my former housemate’s sister. Tapi sbb masa duduk taman melati dulu, Aizah ade je datang-datang rumah tu melepak-lepak. Haruslah kenal… even kadang2 tu family Nor pon datang tido kat taman melati. x sedap hati x pegi kenduri die.

Reception sebenarnye ari ahad, tapi sebab ari ahad tu ade kenduri lain… kene la pegi salah satu. Lagipun, i mmg prefer dtg masa majlis nikah. sbb orang tak ramai.. so boleh borak dengan pengantin. kalau masa reception, tak boleh borak lame sangat. pengantin bz.

notice the baju yang x sesuai utk pegi kenduri kawen tu? Itu adalah kerana lepas kenduri saya pegi Singapore jalan-jalan. hehehe.

 

21. 13 December 2009.

Wedding Pae at Dewan Sri Siantan, Putrajaya.
Pae adalah senior saya zaman skolah, dan juga senior saya masa belajar kat UTP dulu. Zaman skolah x yah cakaplah.. rasanya Pae pon x kenal i. Tapi bile kat UTP, boleh kate rapat gak la. sbb 1) die amek electrical jugak 2) die ahli kelab kembara jugak 3) kitorang baik dengan senior skolah kitorang abg rizal.
So, banyak jugak komunikasi even bila dah keje ni, sbb die pon keje dengan company yang sama.

Tapi, masalah problem nya, cik abang saya ada kenduri lain kat Klang. x kan nak pegi kenduri Pae sorang-sorang kot… nak ajak the j’s… rasanya sumer x baik dengan pakcik neh. nak ajak budak kembara….. terasa malas nk kacau orang banyak komitmen. Sudahnya saya ajak sorang senior skolah nih. kebetulan die free, so off we go. time sampai tu, pengantin tgh makan. So kami yang lapa ni pon makan dulu lah.

tiada group pictures kerana saya tidak tergolong dalam mana-mana group yang datang kenduri tu. jadi hanya saya dan pengantin sajer.🙂
Dewan ni deco nye simple aje dah cantek rasanya. sbb ni dewan moden kan, crowded sangat pon pening jugak.

 

22. 13 December 2009

Kak Long Falis reception at Anjung Felda, Jalan Semarak.
Kak long ni anak kepada family’s friend. almost like sedara dah. kalau x pegi kenduri die, macam x best pulak. Since reception die malam, so okay lah… balik dari kenduri kt Putrajaya, tak tukar baju tapi tukar kain je utk ikut tema merah puteh reception kak long. dan juga style rambut supaya nampak pegi dinner sket.

cantek tempat tu malam-malam. lampu banyak, pastu diorang deco ala-ala garden sket. ade gamba decorations die, nanti kita letak lain kali oke.

 

23. 19 December 2009.

Shearer’s Wedding at Kuala Pilah, N9.
Another schoolmate get married. jalan jam teruk sbb hujan lebat gile. dari KL-KP amek masa 3 jam. gile.

spt biasa, group photo dengan semua yang datang time tu.

24. 20 December 2009

Abg Bahrim’s Wedding at Kg. Pasir. Abang ni mekanik tempat i slalu hantar kereta gi servis. Sebenarnye die ni kawan lepak2 tunang i. so, gila ape x pegi kenduri die kan?

 

haaa. amek 24 wedding sumer skali. Sebenarnye ade lagi satu kenduri yang saya pg tapi xde amek gmba.
25. 26 December 2009. Kenduri kahwen kak long, anak Abg. Rahim. hahhaha.
Abg Rahim adalah rakan sekerja cik abang saye. Jadi, kalau die pg kenduri kawen tu, harus la saya ikut kan? ntah kenapa x amek gamba pon x tau.

 

 aaaa… x reti nak buat ending. hohoho. sebenarnye penat dah ni. jap lagi nak drive balik KL pulak.

 

January 7, 2010

nak buat sendiri ke tak?

Filed under: DIY, Wedding Cards — idayusof @ 5:46 pm

semalam pg jalan-jalan kat Jusco Tebrau. memula jalan kat bawah tu, tgk kedai kad kahwin. cam cantek, range harga macam-macam. ade yang mahal, ade gak yang murah. (eh, biasa kot kat kedai kad kawen sumer cam tu kot?)

tapi masalah btol lah… my invitations will be only like 300 – 400 max. thus, kad jemputan haruslah 200 maximum. or maybe 250 la kan. tu dah paling banyak dah tu. so bile tgk pricing tu… kalau amek sikit, kad jadi mahal. like harga untuk 1000 keping = rm 1.50 each, tapi kalau 100 keping = rm 2.o0 each.

ari tu masa pegi register kursus kawen lagi best, kalau 1000 keping, rm 1.60. tapi kalau 300 keping, hah hamek sampai rm3.00. gile ape?

pastu jalan-jalan lagi kat dalm jusco tu… pegi kat area stationary, suuka hati je beli kertas timbang2 tu. konon nak buat sendiri lah. tapi x tau nak start kat mane.

anyway, the dream wedding invitation card is a simple card… less is more eh? tapi suke yang ade tambah reben-reben tuh. tak pon yang tampal2 bende kat atas die. contoh-contoh adalah seperti ini. (sorry, main amek kat mane dah lupe dah.. xde source dah)

or yang macam ni:

kaler, haruslah putih & pink/dusty pink. hmmm… nnt kita survey lagi.

kemungkinan besar buat sendiri je kad kawen nih. kat Mid Valley ade satu shop PAPER nih. kat situ ade banyak kertas cantek-cantek. tapi mahal la kan…

then ari tu jalan kat OU, ade satu kedai jual rubber stamp yang menarik design die. we’ll see… we’ll see… kalau rasa x sempat nak buat… kene tempah jugak la nampak nye.

January 6, 2010

hey look

Filed under: so random! — idayusof @ 7:46 pm

i’ve put the ticker at the sidebar…

It’s only 3 months away people! and i haven’t start anything yet. urghhh…
okay tipu… cause i already tempah the baju nikah… and booked the photographer (tho i haven’t paid any deposit yet)..

but the rest are soo not ready. damn it.

now, where’s my checklist?

January 5, 2010

fake eyelashes

Filed under: Engagement, Make-up by Idayusof — idayusof @ 9:27 pm
still on the make-up story. Here is another picture of me last Saturday. Editing was only on the lighting and i made the photo a little ‘warmer’ for a more natural looks. boleh nampak jerawat sebijik kat sebelah hidung. (both side actually… refer entry sebelum ni please…). But this photo managed to capture the eyes colours as well as the fake eye-lashes i put on myself. gila kelakar sbb x pernah pakai bulu mata palsu sendiri. tapi berjaya. yey!

ntah nape i suke gamba yang dah di crop nih

and here is the original photo that i cropped from. With Mr.Fiance of course. tapi belum ready lagi. and i actually loves the spontaneous of this photo. No editing done for this one.

the original photo

hehe. actually i am still in the engagement mood. *the reason why this blog still posting about the engagement*

I sooo want to put the decorations and hantarans that I DID myself (with a help of a sister of couse)… however, i don’t want to put it twice here. since i haven’t receive photos from official photog yet. so better i wait until they send it to me.

so for the mean while, please bare with me.

next thing to do:
– to re-schedule appoinment with NSJ events.
– to re-schedule trial make-up with Munie
– to check on the wedding invitation cards.
– to re-confirm with GA team, pay deposit for Nikah, Reception & Bertandang
– to re-confirm with cterq & ND for the live band.

itu sajerh utk kali ini. esok post gamba lagi, sampai korang bosan.

my engagement make-up

Filed under: Engagement, Make-up by Idayusof, Wedding Make-ups — idayusof @ 10:27 am

My skin is forever known as oily and acne skin. ever since i’m in high school, there is/are always sme break-outs coming out. Banyak dah buat itu ini, but still not working for me… yet.

Thus, as i grew up… i learnt that make-up can do some concealing to the acne/scar at my face. and also make me pretty. hahaha. *sape x nak cantek kan?* self-esteem meh.

so the interest of knowing the right way of putting make-up onto my face has increase from time to time. It’s always a disaster *for my pocket* if i stop by at any make-up counter. mesti hilang few hundreds punya. haha…

ohhh… dah tersasar.. cerita pasal minat kat make-up nanti i bgtau lebih lanjut di siri akan datang. :p. disebabkan i dah ade sket confident dalam bab-bab mekap ni… i decided to do my own make-up on the engagement. sebenarnye niat utama adalah tidak mahu membazir-bazir… sebab kalau amek mak-andam paling-paling rm300 dah terbang dah… tambah pulak lagi tarikh tunang tu macam tiba-tiba je…  haruslah banyak mak andam dah fully-booked.

dan i seriously x nak amek sebarang mak andam… kang tebal terlebih, jadi opera cina plak kan… dan i pon bedal je la mekap sendiri masa tunang ari tu..

this is me on the day:

makcik yang poyo mekap sendiri amek gamba cenggini

taken by the fiance’s sister. pose pon akak tu suruh buat camtu tau.. bukan acik nye idea. 

and here i am without any make-up on my face.

keburukan melampau. haihh. jerawat naik kat pipi bukan main la lagi

okay lah… gamba yg bermekap kat atas tu ade touch up sket kat pipi sbb timbul sangat. ade 2 dot je i re-touch. yang lain sumer un-touch.

okay kan?

yang penting, boleh jimat duit.🙂

January 4, 2010

the E!

Filed under: Engagement, Wedding Outfits, Wedding Theme — idayusof @ 10:09 pm
okay, checklist kat bawah x payah la tengok lagi yer. Alhamdulillah the engagement went well. Adelah beberapa perkara yang boleh diambil iktibar, tapi asalkan semua perkara berjalan dengan lancar… syukur ke hadrat Allah.🙂

like i said before, it will be a grey & pink combination. my baju tunang adalah kaler grey… beading nye pink…seperti ini: 

baju tunang saye

i personally thinks it’s attractive enough. the beads adalah yang paling menarik skali.

the whole baju.

tapi sebab bajet yang tak bape nak ade… jadi baju tu hanya ade manik kat leher, pergelangan tangan, dan jugak kaki kain….
sampai sekarang i x puas ati awat die x buat dengan kaki baju, tapi letak kat kaki kain???

 

i guess, the grey & pink theme will be much more significant and beautiful if i’m wearing a pink veil instead of an off-white veil.

but i okay je… kalau nak sewa/beli veil, kan ke dah membazir? this veil… i pinjam je kawan i punya veil nikah. jimat duit achik.🙂

ape-ape pon, i puas hati la jugak sbb orang cakap baju tu chantek. yeay!

 

later i post moreon the mini dais & the hantaran.🙂
gamba dari official photographer belum dapat lagi lah…

Older Posts »

Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.